Maksud Setiap Rangkap :
Rangkap
|
Maksud
|
1
|
Berharap agar rakan sudi membantunya lagi.
|
2
|
Orang yang banyak bercakap selalu bercakap bohong.
|
3
|
Berharap agar rakan membalas surat yang diterima.
|
4
|
Orang yang malas berusaha sudah pasti tidak akan berjaya.
|
5
|
Orang yang bijak mudah memahami sesuatu perkara.
|
6
|
Manusia mesti bertanggungjawab terhadap segala sesuatu yang telah dilakukannya.
|
7
|
Orang yang terakhir mestilah berkemas.
|
8
|
Jika kita menginginkan sesuatu, kita mestilah berusaha untuk mendapatkannya.
|
9
|
Penipu dan pencuri dipandang hina dalam masyarakat.
|
10
|
Setelah dimarahi, barulah tahu membawa diri.
|
Tema :
Amalan yang baik dalam hidup.
Persoalan:
- Orang yang rajin berusaha akan hidup selesa sementara orang yang malas berusaha akan hidup susah.
- Orang yang banyak bercakap cenderung untuk bercakap bohong.
- Golongan pencuri dan penipu dibenci oleh masyarakat.
Nilai :
- Kasih sayang – berusaha mengekalkan persahabatan.
- Kerajinan – berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.
- Berani – bersedia untuk memikul tanggungjawab.
Pengajaran :
- Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum berkata-kata supaya apa-apa yang diucapkan benar dan bernas.
- Kita hendaklah membalas budi orang yang telah berbudi kepada kita, contohnya membalas surat yang telah dikirimkan kepada kita.
- Kita tidak boleh bercakap bohong dan mencuri kerana perbuatan ini akan memalukan diri sendiri, keluarga dan perbuatan ini juga dibenci oleh masyarakat.