Bidang Pembelajaran 1 : Nilai Berkaitan dengan Perkembangan Diri
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Kepercayaan kepada Tuhan | Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. |
2. | Amanah | Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. |
3. | Harga Diri | Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan |
4. | Bertanggungjawab | Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. |
5. | Hemah Tinggi | Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. |
6. | Toleransi | Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. |
7. | Berdikari | Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. |
8. | Kerajinan | Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. |
9. | Kasih Sayang | Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. |
10. | Keadilan | Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. |
11. | Rasional | Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. |
12. | Kesederhanaan | Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. |
Bidang Pembelajaran 2 : Nilai Berkaitan dengan kekeluargaan
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Kasih Sayang terhadap Keluarga | Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. |
2. | Hormat dan taat kepada anggota keluarga | Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. |
3. | Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan | Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. |
4. | Tanggungjawab terhadap Keluarga | Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. |
Bidang Pembelajaran 3 : Nilai Berkaitan dengan alam sekitar
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar | Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. |
2. | Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar | Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara |
3. | Kemapanan Alam Sekitar | Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. |
4. | Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar | Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. |
Bidang Pembelajaran 4 : Nilai Berkaitan dengan patriotisme
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Cinta akan Negara | Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. |
2. | Taat Setia pada Raja dan Negara | Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara. |
3. | Sanggup Berkorban untuk Negara | Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara. |
Bidang Pembelajaran 5 : Nilai Berkaitan dengan hak asasi manusia
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Melindungi Hak Kanak-Kanak | Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. |
2. | Menghormati Hak Wanita | Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. |
3. | Melindungi Hak Pekerja | Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. |
4. | Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya | Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. |
5. | Melindungi Hak Pengguna | Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi. |
Bidang Pembelajaran 6 : Nilai Berkaitan dengan demokrasi
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang | Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. |
2. | Kebebasan Bersuara | Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. |
3. | Kebebasan Beragama | Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. |
4. | Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara | Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. |
5. | Sikap Keterbukaan | Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. |
Bidang Pembelajaran 7 : Nilai Berkaitan dengan keamanan dan keharmonian
BIL | NILAI | DEFINISI NILAI |
1. | Hidup Bersama Secara Aman | Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. |
2. | Saling Membantu dan Bekerjasama | Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. |
3. | Saling Menghormati antara Negara | Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. |
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam